Tuesday, December 1, 2009

Jadual Cuti Sekolah Saya

Posted by sarahnajihah at 10:45 PM 0 comments
Hari ini, cuti sekolah panjang, jadi boleh buat apa saja. Tapi, mak saya ada buat jadual sepanjang cuti sekolah ini. Jadualnya ialah:

6.15am: Solat Subuh, baca buku, lepas tu boleh tidur semula. Hehehe

9.30am: Mandi, sarapan

10.30am: Baru boleh start tonton TV, main game, santai.

12.30pm: Makan tengahari

1.00pm: Baca buku Sarah & Senduk

1.30pm: Solat Zuhur lepas tu boleh buat apa-apa aktiviti yang disukai oleh saya

4.30pm: Solat Asar

5.00pm: Main kat luar

6.30pm: Mandi, makan malam

7.00pm: Solat Maghrib, tazkirah, tadarus

8.30pm: Solat Isyak, baca buku, tengok berita, santai.

12.00pm: Tidur.

Siap. Itulah jadual saya.



Friday, September 18, 2009

Jadual

Posted by sarahnajihah at 2:36 PM 0 comments
Jadual Sekolah Agama saya:


Isnin- Al-Quran :: Ibadat :: Jawi

Selasa- Arab :: Tauhid :: Akhlak

Rabu- Al-Quran :: Ibadat :: Amali

Khamis- Arab :: Tauhid :: Sirah

Jumaat- Al-Quran :: Amali :: Jawi

Soooo Cute!

Posted by sarahnajihah at 2:23 PM 0 comments
Kamu semua tahu tak yang raya dah nak dekat? 2hari je lagi. Banyak tau orang kasi makanan kat saya. Yang pertama, jiran saya iaitu Mak Cik Idah. Yang kedua Pak Cik Joey. Yang last Amal dengan bibik dia. Hehe. Sesiapa yang baca ni, Amal tu kawan baik saya. Walaupun kemungkinan Amal 3 Pintar tahun depan dan kami tak sama kelas, dia tetap kawan baik saya. Kita ada geng, namanya Soooo Cute! Ada tiga orang je.



Saya dah ada tiga diari, Ana Muslim, Friend Bear & Strawberry Shortcake. Ooops lupa pulak nak give name geng Soooo Cute:

1. Amal Syarah
2. Radin Dafina
3. Sarah Najihah

Saya dengan Amal rapat hubungannya tapi saya last name. Benci, benci. Oh my name is Sarah. Cakap Bahasa Inggeris pulak, good good.

Puasa tak boleh marah-marah tau. Saya nak ucap

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin!

Monday, September 14, 2009

Surah An Naba'

Posted by sarahnajihah at 7:58 PM 0 comments
Tadi ma suruh saya baca tafsir Surah An Naba'. Saya baca tapi ada yang saya tak faham pun.

Ni tafsirnya.

1. Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
2. Tentang berita yang besar,
3. Yang mereka perselisihkan tentang ini.
4. Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui,
5. Kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka Mengetahui.
6. Bukankah kami Telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?,
7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?,
8. Dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan,
9. Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat,
10. Dan kami jadikan malam sebagai pakaian,
11. Dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,
12. Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh,
13. Dan kami jadikan Pelita yang amat terang (matahari),
14. Dan kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah,
15. Supaya kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
16. Dan kebun-kebun yang lebat?
17. Sesungguhnya hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan,
18. Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangsakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok,
19. Dan dibukalah langit, Maka terdapatlah beberapa pintu,
20. Dan dijalankanlah gunung-gunung Maka menjadi fatamorganalah ia.
21. Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai,
22. Lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas,
23. Mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya,
24. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman,
25. Selain air yang mendidih dan nanah,
26. Sebagai pambalasan yang setimpal.
27. Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab,
28. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sesungguh- sungguhnya.
29. Dan segala sesuatu Telah kami catat dalam suatu kitab.
30. Karena itu rasakanlah. dan kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab.
31. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan,
32. (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur,
33. Dan gadis-gadis remaja yang sebaya,
34. Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).
35. Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta.
36. Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,
37. Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; yang Maha Pemurah. mereka tidak dapat berbicara dengan Dia.
38. Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bershaf- shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang Telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar.
39. Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
40. Sesungguhnya kami Telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku adalah tanah".

Sunday, July 26, 2009

Award

Posted by sarahnajihah at 11:25 AM 0 comments

Award ni Najwa Safiyyah yang bagi. Terima kasih Najwa! :)

Thursday, July 9, 2009

Dakwah & Ukhuwwah

Posted by sarahnajihah at 10:15 PM 0 comments

Dakwah & ukhuwwah.


Anak Solehah Kesayangan Ibu Bapa

Seyum itu sedekah

Posted by sarahnajihah at 10:07 PM 0 comments

Senyumlah selalu, kalau boleh.

Wednesday, July 8, 2009

Solfa Song

Posted by sarahnajihah at 9:58 PM 0 comments
Assalamualaikum. Hari ini saya saya belajar menyanyi lagu ‘Solfa Song’ di dalam kelas. Lagu tu dalam bahasa Inggeris. Macam ni lagunya:

Do a deer a female deer
Re a ball of golden sun
Mi a name I call myself
Fa a long long way to run
So a needle pulling threads
La a note to follow so
Ti to drink with jam and bread
That will bring us back to do o o o
Do re mi fa so la ti do!

Saya tak tahu nak cakap apa. Sekarang ni tengah tengok debat antara mantan Muslim dan mantan Kristian. Okay bye!

Sunday, May 31, 2009

Pictures of Zebra & Doll

Posted by sarahnajihah at 6:41 PM 2 comments

A cute zebra.


A beautiful baby doll.

Nak dapat nombor 1!

Posted by sarahnajihah at 11:13 AM 1 comments

Assalamualaikum...

Periksa setengah tahun dah lepas. Tak tahulah dapat nombor berapa. Harap-harap dapat nombor 1. Nanti kalau saya dapat nombor tu, mak saya akan beli 'baby alive'. :) Penat kan nak jaga baby tu.

Sekejap lagi saya akan pergi ke Jusco bersama Abe & Kakak Shilla (isteri Abe). Abang saya yang nama Farid tu ada PSP, dahlah demam... Dia nak jual PSP tu. Dia dah boring kot. hehe. Saya main hentam aje.

Okaylah, nak pegi Jusco dah ni!

Wednesday, April 22, 2009

Tidur...

Posted by sarahnajihah at 12:17 AM 0 comments

Minta maaf ya esok saya sekolah, dahlah pagi pulak tu. Tak sempat nak tulis panjang-panjang. Saya harap semua orang akan bergembira. Saya nak kongsi satu doa, iaitu doa tidur. Sebab saya nak tidur sekarang. Nanti saya tidak hadir ke sekolah pulak sebab bangun lewat. Saya nak pesan: kalau tidur lambat, tak bagus. Kalau tidur cepat, lagi bagus. Tu je saya nak ucapkan. Selamat malam. Assalamualaikum..!


باسمك رب وضعت جنبي وبك أرفعه إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

Bismika rabbi wadho'tu janbi, wabika arfa'uhu. In amsakta nafsi farhamha, wa in arsaltaha fahfazha bima tahfazu 'ibaadakas solihin. 

(Sahih Bukhari)

Sunday, April 19, 2009

tentang saya

Posted by sarahnajihah at 6:16 PM 7 comments

hish,12.30 malam kakak baru sampai kat rumah sendiri.da la orang ngantuk ni.hihi.. lepas anak saudara yang comel itu dah balik kan,nak tahu tak lepas tu ape jadi??? abang saya ambil budak yang comel tu kan,lepas tu kan,saya merajuk.

oh,lupe pulak saya nak kenal kan diri,

Nama saya: Nur Sarah Najihah Zulkafli

Umur: 8 Tahun

Tarikh lahir: 01112001

Tempat lahir: Hospital sultanah aminah johor bahru

Air kegemaran: air apple

Makanan kegemaran: mihun sup

Abang: 4 orang

kakak: 2 orang

alamat:palas14,johor.dua dua,kakak saya garang macam harimau,saya pun garang tau... ba... !!! mesti awak takut.

Hari ini...

Posted by sarahnajihah at 12:35 AM 6 comments

Assalamualaikum semua yang melihat blog saya. 

ini kali pertama saya menulis di dalam blog saya sendiri. dan hari ini kakak saya, kak farizai akan balik rumah saya. hari ini saya menonton tv rancangan Cahaya Berbisik. cerita itu moralnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. dan mimpi itu hanya mainan tidur. tetapi kadangkala mimpi itu benar. 

nak tahu tak,siapa yang bantu saya buat blog ini? hi(3x).. itu pun tak tahu. kakak sayalah, kak sajidah. kakak saya ada dua orang. oh terlupa pulak nak kenal kan diri saya. eh,nantilah saya ngantuk ni.

em... mana kakak (farizai) saya ni, tak balik balik lagi ni, kakak saya duduk kat KL dalam perjalanan nak balik ke rumah di Johor Bahru. Saya duduk di rumah Johor Bahru. 

Assalamualaikum... Sekian terima kasih. 

 

Diari Cahayaku (^^,) Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez