Wednesday, April 22, 2009

Tidur...

Posted by sarahnajihah at 12:17 AM 0 comments

Minta maaf ya esok saya sekolah, dahlah pagi pulak tu. Tak sempat nak tulis panjang-panjang. Saya harap semua orang akan bergembira. Saya nak kongsi satu doa, iaitu doa tidur. Sebab saya nak tidur sekarang. Nanti saya tidak hadir ke sekolah pulak sebab bangun lewat. Saya nak pesan: kalau tidur lambat, tak bagus. Kalau tidur cepat, lagi bagus. Tu je saya nak ucapkan. Selamat malam. Assalamualaikum..!


باسمك رب وضعت جنبي وبك أرفعه إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

Bismika rabbi wadho'tu janbi, wabika arfa'uhu. In amsakta nafsi farhamha, wa in arsaltaha fahfazha bima tahfazu 'ibaadakas solihin. 

(Sahih Bukhari)

Sunday, April 19, 2009

tentang saya

Posted by sarahnajihah at 6:16 PM 7 comments

hish,12.30 malam kakak baru sampai kat rumah sendiri.da la orang ngantuk ni.hihi.. lepas anak saudara yang comel itu dah balik kan,nak tahu tak lepas tu ape jadi??? abang saya ambil budak yang comel tu kan,lepas tu kan,saya merajuk.

oh,lupe pulak saya nak kenal kan diri,

Nama saya: Nur Sarah Najihah Zulkafli

Umur: 8 Tahun

Tarikh lahir: 01112001

Tempat lahir: Hospital sultanah aminah johor bahru

Air kegemaran: air apple

Makanan kegemaran: mihun sup

Abang: 4 orang

kakak: 2 orang

alamat:palas14,johor.dua dua,kakak saya garang macam harimau,saya pun garang tau... ba... !!! mesti awak takut.

Hari ini...

Posted by sarahnajihah at 12:35 AM 6 comments

Assalamualaikum semua yang melihat blog saya. 

ini kali pertama saya menulis di dalam blog saya sendiri. dan hari ini kakak saya, kak farizai akan balik rumah saya. hari ini saya menonton tv rancangan Cahaya Berbisik. cerita itu moralnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. dan mimpi itu hanya mainan tidur. tetapi kadangkala mimpi itu benar. 

nak tahu tak,siapa yang bantu saya buat blog ini? hi(3x).. itu pun tak tahu. kakak sayalah, kak sajidah. kakak saya ada dua orang. oh terlupa pulak nak kenal kan diri saya. eh,nantilah saya ngantuk ni.

em... mana kakak (farizai) saya ni, tak balik balik lagi ni, kakak saya duduk kat KL dalam perjalanan nak balik ke rumah di Johor Bahru. Saya duduk di rumah Johor Bahru. 

Assalamualaikum... Sekian terima kasih. 

 

Diari Cahayaku (^^,) Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez